ASSALAMUALAIKUM
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu,bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-Nya (yang sebenar). Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu...
(Jika Engkau mentaqdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik
penolong.

Ya Allah perkenanlah permintaan ini.

Sunday, 6 December 2009





RENUNGAN BERSAMA
Menurut Imam Ahmad, dalam bukunya Az-Zuhud,Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah berfirman;
Wahai anak Adam, sungguh hairan Kulihat dirimu! Aku telah menciptakanmu ,
tetapi kamu malah menyembah selain Aku. Aku telah memberikanmu rezeki,tetapi
kamu malah bersyukur kepada selain Aku. TelahKu tunjukkan kasihKu dengan memberimu berbagai nikmat,sedang kamu sama sekali tidak memerlukan Aku, tetapi kamu malah memperlihatkan kebencian kepadaKu dengan berbuat maksiat.
KebaikanKu selalu Ku limpahkan kepadamu, tapi kebodohanmu selalu kamu pamerkan kepadaKu.

Thursday, 19 November 2009

GAMBAR INI DIRAKAM SECARA TIDAK SENGAJA OLEH NASA. TERDAPAT OBJEK DILANGIT YG PECAH..... DLM BEBERAPA BULAN YG LEPAS DALAM AKHBAR AL-AHRAM DAN LAMAN WEB NASA IANYA MENJADI BUKTI DALIL KEBENARAN ISLAM..........ALANGKAH BENARNYA ALLAH S.W.T BERFIRMAN;

"SELAIN ITU SESUNGGUHNYA (NGERI) TATKALA LANGIT PECAH-BELAH LALU...MENJADILAH MAWAR MERAH, BERKILAT SEPERTI MINYAK"
AYAT INI MENGGAMBARKAN KEHANCURAN ALAM LANGIT KETIKA HAMPIR KIAMAT BERINGATLAH DAN JANGAN ALPA KEPADA KEDUNIAAN..................PERBANYAKKAN KEBAJIKAN DUNIA DAN AKHIRAT................... DUNIA KIAN HAMPIR KE AKHIR ZAMAN.....
Wassalam..

Monday, 9 November 2009

"Adilkah??"

Semalam saya telah mendengar sebuah forum yang agak best.. Tajuknya simple, "Hukuman Rotan kerana Meminum Arak, Adilkah?"

Ahli panel pulak, semua hebat2, sepatutnya, sorang panelis dari Sister in Islam & sorang UMNO datang, tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, 3 orang je panelis yang hadir.

& mereka semua have done a very good job to convey the messages about the issue.. congrats!! (clap clap..!)

Ingatkan panelis nak bincang pasal arak je, tengok2, banyak jugak isu2 lain yang dibangkitkan.

Antara kesimpulan daripada forum tu :

1. Orang yang jahil akan cakap hukuman sebat untuk minum arak sebagai zalim kerana mereka melihat kesan hukuman tu kepada pesalah saja, tanpa melihat consequences terhadap mangsa kezaliman peminum arak tu. Mereka akan cakap,

"kesian kat peminum arak, itu urusan antara dia dgn Tuhan."

Contohnya kalau peminum arak tu mabuk, accident, langgar orang, orang mati. Adakah adil kepada keluarga mangsa yang dilanggar kalau peminum arak tu hanya perlu bayar denda kepada mahkamah, and they lose their family member? Hukum Islam cakap, bayar diah(gantirugi) kepada keluarga mangsa tu. Peminum arak pula, kena disebat atas kesalahan meminum arak. Zalimkah hukum Islam?

2. Orang yang jahil jugak, akan cakap kejam hukuman sebat, sebab mereka tak faham bagaimana syarat2 hukuman sebat dalam Islam, seperti:
i. Panjang rotan x melebihi 1.22m.
ii. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan 2bulan selepas melahirkan anak.
iii. Sebatan x boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
iv. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
v. Tukang sebat x mengangkat tangannya melebihi 90 darjah
vi. Tidak melukakan kulit pesalah.

jum tgk demo sebatan secara islam


Kita bandingkan dengan sebatan hukum sivil:
i. Rotan yang digunakan pelbagai saiz.
ii. Pesalah akan ditanggalkan pakaian dan digantikan dengan cawat yang hanya menutupi kemaluan.
iii. Punggung akan terdedah untuk disebat.
iv. Ada tukang sebat menyebat dengan cara terus, & ada yang menyentap(sehingga kulit tersentap keluar)

tengok kat sini :



Jadi hukuman mana yang logiknya lebih kejam?? Anda semua tahu jawapannya kan??

Allah telah mencipta manusia, dan hanya Dia tahu cara terbaik untuk mengajar manusia.

Kita sebagai ummat Islam selalu takut untuk menegur kemungkaran.. Kenapa?? Kenapa kita takut untuk mengajak manusia kepada kalimah Allah? Kita ada al-Quran, dan al-Quran ialah sebaik-baik hujah.. Kenapa perlu kita takut, sedangkan kita ada hujah yang terbaik?


Kepada kawan2, sebarkanlah tentang hukum syariah yang sebenar kepada orang di luar sana.. Masih ramai yang melihat Islam sebagai agama keganasan kerana hukum hudud. Padahal itulah hukuman yang maha adil, kerana ia diturunkan oleh Allah yang Maha Adil. Siapa nak sangkal??
Semoga Allah mengampunkan dosa kita & dijauhkan dari azabNya yang pedih & dahsyat..

by little khalifah

Tuesday, 3 November 2009

PERGI NYA SEORANG ATUK ,SEORANG AYAH, SEORANG IMAM DAN SEORANG KETUA...AL-FATIHAH..

Kita kehilangan seorang lagi Mujahid Islam
yang setia menegakkan syiar Islam.
semasa hayat nya beliau merupakan seorang
Imam, penah menjadi ketua Muslimin Jln Rahmat,
sejak akhir2 beliau mula mengundurkan diri diatas
sebab2 kesihatannya tidak mengizinkan

semasa dlm keadaan kritikal di wad CCU
(Cardiac Care Unit/Unit Rawatan Jantung)
hospital Serdang.


Tuan Haji Abd Hamid Bin Dina telah Kembali
kerahmatullah pada 2 november
2009 bersamaan
14 zulkaedah 1430, telah
dikebumikan ditanah
perkuburan Islam
Sungai Tangkas,
Kajang..semoga rohnya dicucuri rahmat..Al-Fatihah

Monday, 2 November 2009

AL-FATIHAH

Dia yang menggantikan atuk


Orangnya saya kenal sejak kecil. Bahkan dia mengenali saya sejak saya berumur 3,4 tahun lagi.
Sebelum ini ayah dan umi menyewa rumahnya di Bangi kira-kira 20 tahun yang lepas. Dia yang berpangkat atuk ini akhirnya menjadi ayah mertua kepada adik umi. Kini rumah adik umi Ibu (Kiah saya panggil) yang terletak di Bangi itulah yang menjadi tempat persinggahan tatkala cuti pendek ataupun ketika tidak cukup pitih untuk balik sarawak.


Maka atuk ini sekarang menjadi datuk kepada sepupu-sepupu saya. Dan besan atuk sarawak saya. Baru 2 minggu yang lepas kami diberitakan dia telah pengsan berhampiran kawasan rumahnya. Lalu dimasukkan ke Hospital Kajang untuk pemeriksaan lanjut. Seterusnya Tok Amit (ini panggilan kami kepadanya daripada nama asal Abdul Hamid) dipindahkan ke Hospital Serdang ditempatkan di CCU (Cardiac Care Unit/Unit Rawatan Jantung).

Umi berpesan pada saya, selesai sahaja exam jenguklah atuk di hospital, kondisinya semakin tidak baik.

"Awak dah tak ada atuk lain dah, tu je 'atuk' yang awak ada. Pergilah tengok dia kat wad, tak boleh tunggu lama-lama."


Akhirnya saya menyempatkan diri menziarahi Tok Amit di CCU. MasyaAllah, mungkin komplikasi daripada penyakit kencing manis yang dihidapi, jantungnya lemah. Dia diberi rawatan ubatan inotrope... untuk menguatkan kontraksi jantung. Dan daripada jantung yang lemah itu, muka dan tangannya bengkak, tandanya air telah memasuki celahan-celahan tisu yang mampu dicapai. Dan Tok Amit juga mendapat diuretics untuk menangani fluid overload tersebut. Tak sempat saya mengetahui masalah penyakitnya.
Terdetik kembali saat arwah atuk saya sendiri 5 tahun yang lepas, semasa hampir menemui tuhanNya, tubuhnya juga bengkak, kuning seluruh badan.


Sepanjang berada di CCU, Tok Amit tak sedarkan diri. Saya hanya terdiam dan memerhatikan sahaja tanda-tanda komplikasi yang nampak. Pandangan saya kelihatan kosong ketika menyoroti segala wayar dan tiub yang disambung pada batang tubuhnya. Tapi belekan pada setiap bacaan, ubat, sebenarnya saya sedang berkira-kira apakah masalahnya.
Tidak sopan rasanya bertanyakan staff nurse apakah diagnosis beliau di hadapan cucunya sendiri. Dan yang paling penting Tok amit yang terbaring itu juga mungkin boleh mendengar walaupun tidak sedar.

Walaupun vital signs menunjukkan tanda-tanda stabil, yakni tekanan darah yang normal, kepekatan oksigen darah yang normal, denyutan nadi pun normal, hati kecil saya berkata sampai bilalah kesemua ini mampu bertahan. Tapi tak mampu nak melawan ketetapanNya bahawa apa-apa sahaja yang luar biasa boleh berlaku.

Nyawa hanya pinjaman

Akhirnya Tok Amit sudah tidak mampu bertahan. Alam yang lagi satu akhirnya menggamit memanggil. Beliau meninggalkan kesemua anak, dan isteri yang menunggunya di wad di saat-saat akhirnya. Siapa sangka dia yang tampak sihat dan ceria selama ini setelah tidak sedarkan diri selama 2 minggu, telah dijemput menemuiNya. Tak sangka, baru sahaja 3 minggu yang lepas saya dan sepupu mengunjungi rumahnya, melihat ternakan kambing, ayam, dan hari ini dia meninggalkan kami.


Selalunya aidiladha yang saya sambut bersama keluarga Ibu Kiah di Bangi, Tok Amit tak akan terlepas daripada melakukan ibadah korban. Siapa sangka hari ini disuratkan dia tidak lagi akan bersibuk-sibuk menambat sapi di belakang rumahnya untuk Hari Raya Haji tahun ini. Tiada siapa lagi yang akan kelihatan menemani Nek Timah menghambat kambing-kambing pulang ke kandang ketika maghrib seperti selalu.


"Muka pada hari itu berseri-seri,
berpuas hati dengan balasan amal usahanya,
mereka tinggal di dalam syurga yang tinggi,
tidak mendengar sebarang kata yang sia-sia.
Di dalam syurga itu ada mata air yang mengalir,
ada pelamin berhias yang tinggi.
Dan piala minuman yang disediakan,
dan bantal yang teratur,
serta hamparan yang terbentang."

Al Ghasyiah : 8-16

Segan menyayanginya seperti atuk sendiri, kerana beliau hanyalah datuk kepada sepupu-sepupu saya. Tetapi itulah yang dirasai di pundak hati, kami adik-beradik menyayanginya seperti datuk kami sendiri. Beliau rapat dengan besannya iaitu atuk sarawak kami. Walaupun jauh Selangor dan Sarawak, sekiranya berkesempatan, beliau akan mengunjungi atuk di kampung kami di pedalaman Miri. Dan beliaulah yang menawarkan diri menguruskan majlis kesyukuran Izaidah beberapa bulan yang lepas.

Moga kebaikan-kebaikannya selama ini diambil kira dan diterima sebagai pahala. Tidak perlulah disebutkan kebaikan beliau, kerana Allah lah yang lebih berhak menilai. Melihatkan penziarah-penziarah yang tidak putus-putus berkunjung ke CCU sudah menunjukkan betapa ramai yang mengingatinya sebagai penyumbang kepada kembangnya syiar Islam di tempatnya.


Kullu nafsin zaiqatul maut....ila akhir ayah.
"Sesungguhnya yang hidup pasti akan merasa mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan."
Sesungguhnya mati itulah yang paling dekat dengan kita. Teringat pesan seorang guru, menurutnya arwah Ustaz Fadhil Noor pernah berpesan supaya rancanglah dalam keadaan apa kita hendak nyawa kita diambil kelak. Rancanglah seni kematian anda, begitulah yang saya faham daripada kata guru tersebut.


Yang baik tak semestinya berakhir baik

Dan tak semestinya kita yang merasa kita ini baik, matinya nanti adalah pengakhiran yang baik.
Dan tidak semestinya orang yang kita pandang rendah selama ini atas 'tidak baiknya' dia, matinya nanti adalah pengakhiran yang tidak baik.

Ia mungkin sebaliknya. Mungkin yang selama ini merasa amalnya cukup, sebenarnya tidak ikhlas dalam amalan. Atau diuji dengan maksiat dan tidak sempat bertaubat, maka matilah orang ini dalam keadaan tidak sempat bertaubat. Nauzubillah.

Mungkin yang selama ini dikatakan jahat, diberi kesempatan bertaubat, atau berubah menjadi lebih baik. Berolehlah ia pengkhiran yang baik.
Sepertimana tak semestinya Ah Chong akan masuk neraka, dan tak semestinya Ahmad masuk syurga.


Al-fatihah kepada arwah atuk Haji Abdul Hamid Bin Dina

Allahumma takhtim 'alaina bihusnil khaatimah

Wednesday, 28 October 2009

MAJLIS TADARUS DAN KHATAM QUR'AN OLEH KUMPULAN USRAH MUSLIMAT TJ



Rasullullah SAW bersabda maksudnya: "Orang yang mahir(ahli) Al-Qur'an akan berada dikalangan malaikat yang mereka itu merupakan juru tulis mulia dan lurus. Sedang seseorang yang tersangkut-sangkut(tidak lancar) dalam membaca Al-Qur'an, tapi terus berusaha membacanya dengan susah payah, dia akan mendapat pahala dua kali ganda."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Meluruskan sejarah Umat Islam


"Meluruskan Sejarah Umat Islam” , oleh Al-Fadhil Ustz Dr Yusuf Al-Qardawi

Buku ini membahaskan tentang sebuah isu yang diwarwarkan oleh kaum sekular yang mengatakan bahawa Syariat Islam tidak pernah berjaya diterapkan dalam kehidupan, kecuali semasa pemerintahan Khulafa’ Ar-Rashidin. Ini disebabkan ada sebahagian cendekiawan sentiasa menceritakan perkara-perkara yang elok tentang Islam dan keistimewaannya, namun mereka membatasinya hanya pada masa pemerintahan Khulafa’ Ar-Rashidin sahaja. Menurut penilaian mereka, keagungan tersebut seolah-olah terhenti pada zaman Khulafa’ Ar-Rashidin, dan zaman yang berikutnya merupakan zaman yang tidak mempunyai apa-apa kelebihan.

Bahkan lebih memeranjatkan, kaum sekular tersebut juga mengatakan bahawa setelah dilakukan penelitian terhadap sejarah umat Islam, ternyata bahawa syariat Islam tidak pernah berjaya diterapkan, kecuali semasa pemerintahan Umar r.a ( Khalifah Arrashidin yang pertama).
Orang yang pertama kali berpendapat sedemikian ialah Syaikh Khalid Muhammad Khalid. Di dalam bukunya, ‘Min Huna Nabda’ (bermaksud,‘Dari sini kita bermula’), telah menulis pernyataan yang bermaksud seperti berikut:

“Janganlah kau sekali-kali mengatakan generasi selepas Rasulullah s.a.w ialah generasi yang mendapatkan petunjuk. Penguasa pertama (Abu Bakar) hanya berkuasa selama 2 tahun. Walaupun begitu, dalam tempoh 2 tahun tersebut, ia sibuk memerangi mereka yang murtad. Zaman kekuasaan Usman ialah zaman yang mana fitnah telah timbul ketika itu dan akhirnya, Usman telah terbunuh. Sedangkan zaman kekuasaan Ali ialah zaman yang mana perang saudara antara umat Islam telah berlaku. Jika berlaku sedemikian, maka zaman Khulafa’ Arrashidin hanya aman pada zaman pemerintahan Umar Al Khatab. Padahal zaman pemerintahan Umar hanyalah seutas daripada rangkaian sejarah yang tidak mungkin berulang. Setelah pemerintahan Khulafa’ Arrashidin berakhir, kekuasaan Islam telah menyimpang dari ajaran dan nilai-nilai Islam.”

Walaupun begitu, menurut Dr Yusuf Qardawi, Syaikh Khalid telah menarik balik pendapatnya itu. Beliau mengakui, pendapat beliau itu telah menimbulkan banyak kekeliruan kepada pelbagai pihak. Sebagai bukti beliau menarik balik pernyataan tersebut, beliau telah menulis sebuah buku yang berjudul Al-Daulah fi al-Islam (Konsep Negara Menurut Islam). Melalui buku ini, beliau menekankan bahawa Islam adalah agama dan Negara. Beliau juga menjelaskan sebab-sebab keluarnya pendapat beliau yang sekular itu. Semoga Allah membalas segala kebaikan Syaikh Khalid dengan kebaikan yang berlipat ganda.

Menyedihkan apabila pihak yang tidak bertanggungjawab mngambil pernyataan tersebut dan menggunakannya untuk menghentam Islam.

Salah seorang daripada mereka berkata, :Apakah kamu mahu mengembalikan kami kepada keadaan sedemikian?..

Mereka mencari tentang penyelewengan sejarah supaya seolah-olah Islam yang menanggung dosa-dosa tersebut.



Menurut Dr Yusuf Qardawi, terdapat beberapa kekeliruan di sisi kaum sekular pada pernyataan di atas. Pertama sekali, mereka telah menyempitkan konsep kejayaan pemerintahan berkhalifah hanya pada zaman Umar bin Khattab r.a. Tidakkah mereka buka mata mereka untuk melihat kejayaan yang telah ditempa semasa pemerintahan Abu Bakar r.a, meskipun dalam tempoh yang sangat terbatas.
-Abu Bakar r.a telah berjaya memerangi mereka yang murtad dan enggan membayar zakat, lalu mengembalikan mereka ke pangkuan syariat Islam.
-Kekuasaan yang dipimpin Abu Bakar merupakan pemerintahan pertama yang mengobarkan peperangan dan mempersenjatai bala tenteranya untuk membela hak-hak kaum fakir yang lemah.
-Beliaulah yang memulakan penaklukan dan perluasan wilayah Islam. Pada zaman tersebut, Islam mampu menakluk Persia dan Romawi. Dalam setiap peperangan yang diperintahnya, beliau sentiasa memupuk sikap-sikap dan etika yang baik kepada para perajuritnya.
-Di dalam khutbahnya semasa dilantik sebagai khalifah, beliau telah menerapkan kepada rakyatnya supaya taat kepadanya, selagi dia taat kepada Allah, tetapi jika beliau sebagai pemerintah tidak taat kepada Allah, maka rakyat tidak wajib untuk mentaatinya lagi.
Merujuk kepada pernyataan dan sikap Abu Bakar ini, Dr Hussain Haikal mengatakan bahawa sikap Abu Bakar merupakan satu mukjizat sejarah, kerana dalam tempoh 2 tahun 3 bulan, beliau berjaya memimpin masyarakatnya sehingga mereka menjadi umat yang bersatu-padu dan kukuh.

Begitu juga, semasa awal pemerintahan Usman r.a. Dalam riwayat-riwayat yang sahih, telah dikisahkan bahawa beliau ialah khalifah Islam pertama yang pada masa itu umat Islam berjaya menyeberangi lautan untuk berjihad di jalan Allah. Selain itu, antara sumbangannya ialah, beliau telah memfatwakan pelbagai hukum fiqh dan sistem politik negara yang memiliki nilainya yang tersendiri.

Kaum-kaum sekular juga tidak mengetahui kegemilangan yang berjaya dilakukan oleh Ali Karramallahu Wajhah. Antaranya ialah tentang prinsip-prinsip politik kekuasaan , pengurusan kewangan negara, serta cara untuk berhadapan dengan pemberontak negara, meskipun berlaku perselisihan antara beliau dengan kelompok yang lain. Beliau juga meninggalkan atau mewariskan pelbagai praktik syariah dalam pelbagai dimensi kehidupan seharian.

Kesalahan kaum sekular yang kedua ialah mereka berpendapat bahawa zaman kepimpinan Umar hanya berlangsung sekali dan tidak ada yang mampu mencontohinya. Walaupun begitu, sejarah telah mencatat bagaimana selok-belok kepimpinan Umar dicontohi oleh beberapa khalifah Islam selepasnya. Kita boleh menjejaki gaya kepimpinan Umar yang wujud pada Umar bin Abdul Aziz. Beliau berjaya menegakkan keadilan setelah sekian lama kezaliman bermaharajalela. Dengan izin Allah, Umar bin Abdul Aziz mampu mengembalikan kekuasaan kepada sistem berkhalifah (Khilafah Rashidah). Umat Islam telah menjuluki Umar bin Abdul Aziz sebagai Khamis al-Rashidin (Khalifah Ar-Rashidin yang kelima, setelah Abu Bakar, Umar, Usman, dan Ali r.a).

Kita juga boleh menjejaki gaya kepimpinan Umar dalam kisah Yazid bin Walid.. Beliau berkeinginan menegakkan kembali keadilan yang telah lesu selama sepupunya, Walid bin Yazid berkuasa. Walid bin Yazid dijuluki sebagai an-Naqish, kerana ia sering memotong gaji perajurit dan menggunakannya untuk keperluan lain. Selain itu, kita juga boleh menghidu gaya kepimpinan Umar bin Khatab pada Nuruddin Mahmud Shadid, Salahudin al-Ayubi, dan sebagainya.


Siapakah yang paling bertanggungjawab atas buruknya sejarah Islam?

Telitikah kita dalam memberikan maklumat, mendapatkan sumber, jujurkah kita, adilkah kita meneliti sejarah rakyat yang terdiri pelbagai kelas masyarakat, ulama, perkampungan kecil, sama seperti saat kita mengadili sejarah tentang penguasa, pembesar, dan kota metropolitan? Sekiranya kita mampu, maka kita akan berlaku adil kepada nenek moyang kita, diri kita, agama kita, serta peradaban kita, dan yang paling penting, berlaku adil kepada hakikat kebenaran itu sendiri. Wallahua'lam.

Labah-labah hitam: Yang hak tetap akan tertegak..